Friday, May 02, 2008

Berdiri Di Persimpangan Jalan (Standing @ The Crossroad)

Ada seorang pengembara yang berjalan di tengah hutan. Setelah sekian lama di dalam pengembaraan itu, dia sampai di satu persimpangan jalan yang dia tidak tahu ke mana arah tujuan seterusnya atau jalan yang mana harus dia lalui. Dalam masa yang terdesak itu, dia teringat akan nasihat yang dia dengar sebelum memulakan pergembaraan tersebut. “balik lah kepangkal jalan”.
Kadang-kala kita lalui perkara yang sama di dalam kehidupan kita seharian. Banyak perkara yang memerlukan kita membuat keputusan yang tepat dan munasabah. Kerana setiap keputusan yang bakal kita ambil akan membawa
kesan kepada kita. Kesan samada baik atau buruk bergantung kepada keputusan yang kita ambil tadi. Seperti pengembara tadi, dia mempunyai pilihan untuk memilih salah satu jalan yang ada di persimpangan itu, tetapi yang pasti setiap keputusan atau jalan yang akan ditempuhi bakal tidak diketahui arah tujuannya. Atau dia membuat pilihan untuk mengikuti nasihat yang dia dengar sebelum ini, “baliklah ke pangkal jalan”. di sini, peribadi kita sendiri memainkan peranan untuk membuat setiap keputusan. Ambil contoh, cerita Nehemia dalam Kitab Nehemia. Memegang satu jawatan yang terpenting di dalam Istana (Pembawa minuman di Raja), tetapi akhirnya membuat keputusan meninggalkan jawatan tersebut. Perbuatan Nehemia ini adalah tindak balas daripada apa yang berlaku kepada dia secara peribadi. Dalam erti kata lain, rasa yang tidak tenteram dan kerinduan yang teramat mendalam kepada tempat asal nya-Yerusalem, membawa dia sanggup membuat satu keputusan yang terbesar didalam hidup dia. Yang pasti, hubungan doa dia dengan Tuhan dan keterbukaan dia terhadap raja atau tuannya membantu setiap keputusan yang di buat oleh Nehemia.
Begitu juga dengan kita sebagai seorang yang percaya kepada Tuhan Yesus Kristus. Pengelaman kita dengan Dia secara perbadi membawa kita kembali kepada Nya dan keterbukaan kita untuk berkongsi permasalahan kita di dalam membuat keputusan amat membantu apa-apa keputusan kita dipersimpangan jalan itu. Perasaan yang tidak tenteram dan keinginan yang begitu ketara di dalam peribadi Nehemia beserta sokongan daripada tuannya mendorong Nehemia percaya bahawa keputusan yang dia buat adalah betul dan tepat. Perasaan yang tidak tenteram itu dan keinginan yang teramat mendalam terhadap tempat nya-Yerusalem itu adalah doa peribadi Nehemia. Sama seperti pengembara tersebut, yang pasti akan melihat kembali kepangkal jalan melihat pengelaman-pengelaman yang dia lalui sepanjang jalan dan membuat keputusan berdasarkan apa yang ada disekelilingnya untuk meneruskan perjalan tersebut. Ya keadaan sekitar pengembara itu mungkin boleh membantu dia di dalam membuat keputusan tersebut…

No comments: